LATIHAN AEROBIK DAN ANAEROBIK

Latihan Aerobik
- Proses menghasilkan tenaga yang memerlukan oksigen.
- Latihan ini dilakukan pada intensiti rendah dalam jangka masa yang panjang.
- Latihan ini memerlukan glikogen, lemak dan protein untuk menghasilkan tenaga.
- Ia tidak akan menghasilkan asid laktik.
- Proses ini menghasilkan ATP yang banyak.
- Persamaan kimia bagi sistem tenaga ini ialah:

C6H12O6 + 6O2 → 6CO2 + 6H2O (glucose + oxygen → carbon dioxide + water)




Latihan Anaerobik
- Sistem tenaga yang tidak memerlukan oksigen semasa proses penghasilan tenaga.
- Hanya memerlukan ATP sebagai sumbernya.

C6H12O6 → 2C3H6O3 (glucose → lactic acid)

- Sistem ini terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1. Anaerobik Alaktik (Phosphagen System)

  • Sistem ini menyediakan tenaga yang sedia ada yang diperlukan untuk permulaan sesuatu aktiviti fizik dengan intensiti yang tinggi.
  • Sumber tenaga diperoleh daripada pemecahan simpanan ATP dan PC yang tersedia di dalam otot.




2. Anaerobic Lactic (Lactic Acid System)

  • Apabila aktiviti fizik terus berjalan, tetapi penyediaan tenaga dari sistem anaerobik alaktik tidak mencukupi, maka tenaga akan dihasilkan dengan menguraikan glikogen otot dan glukosa darah melalui jalur glikolisis anaerobik.
  • Proses ini dihasilkan tanpa bantuan oksigen.



Comments

Popular posts from this blog

Otak

Sistem Koordinasi