Otak

Otak manusia merupakan sebahagian daripada sistem saraf pusat yang terletak di rongga kranium (cranial cavity). Otak manusia terdiri daripada berjuta-juta sel saraf dan mempunyai berat kira-kira 1.4 - 1.5 kg.

Bahagian Otak

Otak terbahagi kepada 3 bahagian iaitu otak depan (forebrain), otak tengah (midbrain), dan otak belakang (hindbrain).




a) Otak depan (Forebrain)

  • Forebrain terletak di bahagian depan otak.
  • Bertanggungjawab dalam menerima dan memproses maklumat serta mengendalikan fungsi-fungsi otot.
  • Forebrain terdiri daripada 2 bahagian iaitu cerebral cortex dan limbic system.
Cerebral Cortex


  • Terdiri daripada 4 bahagian utama iaitu : frontal lobes, parietal lobes, occipital lobes dan temporal lobes.
  • Frontal lobes - mengawal gerakan otot, perasaan serta merancang dan membuat sesuatu keputusan.
  • Parietal lobes - memproses maklumat seperti sentuhan, rasa, suhu, gerak tubuh dan sebagainya.
  • Occipatal lobes - mengawal proses penglihatan.
  • Temporal lobes - memproses pendengaran, ingatan.
Limbic System


  • Bertanggungjawab dalam mengawal emosi sementara, ingatan jangka pendek dan proses belajar.
  • Mempunyai hypothalamus, thalamus, amygdala, hippocampus dan pituitary glands.
  • Hypothalamus - mengawal lapar, dahaga, suhu badan, motivasi dan mengawal pituitary glands.
  • Thalamus - bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat dari reseptor deria ke kawasan otak yang betul.
  • Amygdala - mengawal emosi tidak sedar seperti rasa takut (aggresion and fear).
  • Hippocampus - menyimpan ingatan jangka panjang.
b) Otak Tengah (Midbrain)
  • Midbrain atau dikenali juga sebagai mesencephalon.
  • Berfungsi untuk menghubungkan otak hadapan (forebrain) dan otak belakang (hindbrain).
c) Otak Belakang (Hindbrain)
  • Hindbrain terletak di bahagian belakang.
  • Berfungsi sebagai pengatur keseimbangan tubuh badan, koordinasi gerak tubuh serta bertanggungjawab dalam fungsi pernafasan, denyut jantung, bersin.
  • Hindbrain terdiri daripada pons, medulla oblongata dan cerebellum.
  • Pons - mengawal keseimbangan tubuh serta mengawal tidur dan mimpi.
  • Medulla oblongata - mengawal denyut jantung, peredaran darah, pernafasan dan sebagainya.
  • Cerebellum - mengawal gerak tubuh (balance and coordinating).

Otak Kiri dan Otak Kanan


  • Perbezaan fungsi otak kiri dan otak kanan ialah membentuk sifat, karakteristik dan kemampuan yang berbeza pada seseorang.
  • Otak besar (cerebrum) merupakan bahagian terbesar daripada otak manusia.
  • Otak besar berfungsi untuk memproses kegiatan intelektual, seperti kemampuan untuk berfikir, mengingat, membayang serta merancang masa hadapan.
  • Otak besar terbahagi kepada 2 belahan iaitu belahan kiri dan belahan kanan atau lebih dikenali sebagai otak kiri dan otak kanan.
  • Otak kiri - berfungsi dalam hal-hal yang berkaitan dengan logik, ratio, kemampuan menulis dan membaca, serta merupakan pusat matematika.
  • Otak kiri merupakan pusat Intelligence Quotient (IQ).
  • Otak kanan - berfungsi dalam perkembangan Emotional Quotient (EQ).
  • Otak kanan - mempunyai kemampuan intuitif, menyanyi, menari melukis dan segala jenis kegiatan kreatif yang lain.


Brain Plasticity (Neuroplasticity)


  • Keupayaan otak untuk berubah sepanjang hayat.
  • Otak mempunyai keupayaan untuk mengenali dirinya dengan membentuk hubungan baru antara sel-sel otak.
  • Neuroplasticity adalah konsep neurosains yang merujuk kepada keupayaan otak dan sistem saraf semua spesies untuk mengubah struktur dan fungsi sebagai akibat daripada input alam sekitar.






Comments

Popular posts from this blog

LATIHAN AEROBIK DAN ANAEROBIK

Sistem Koordinasi