Sistem Koordinasi

SISTEM KOORDINASI

Sistem koordinasi merupakan sistem organ yang saling bekerjasama untuk melakukan fungsi-fungsi yang tertentu. Ssitem koordinasi juga berfungsi sebagai pengatur dan pengedali keserasian fungsi organ mahupun sistem organ yang terdapat dalam tubuh badan. Oleh kerana tubuh manusia terdiri daripada organ-organ yang mempunyai fungsi masing-masing, maka sistem koordinasi adalah sangat penting supaya organ-organ tubuh dapat bekerjasama dengan baik.

Sistem koordinasi terdiri atas sistem saraf dan sistem endokrin atau nama lainnya adalah sistem hormon. Sistem saraf terdiri daripada jutaan sel-sel saraf (neuron) yang berfungsi sebagai penghantar impuls ke otak sehingga terbentuknya rangsangan. Rajah dibawah menunjukkan satu sel neuron dan bahagian-bahagiannya.



  • Dendrite: berfungsi sebagai penghantar impuls ke sel badan (cell body).
  • Cell Body: merupakan bahagian terbesar sel saraf yang mempunyai nukleus dan sitoplasma (cytoplasm).
  • Axon: berfungsi untuk menghantar impuls dari sel badan ke sel saraf yang lain. Axon diliputi oleh lapisan lemak (myelin sheath). Bahagian axon yang tidak terlindung oleh 'myelin sheath' dikenali sebagai 'node of ranvier'.


3 Bahagian Sel Neuron

  1. Neuron Sensorik (Afferent Neuron) - berfungsi sebagai penghantar impuls (rangsangan) dari penerima (receptor) ke saraf pusat (otak).
  2. Neuron Motorik (Efferent Neuron) - berfungsi untuk menghantar impuls (rangsangan) dari saraf pusat (otak) ke efektor (otot/kelenjar).
  3. Interneuron - neuron yang menghubungkan keuda-dua neuron sensorik (afferent neuron) dengan neuron motorik (efferent neuron). Neuron ini terletak di tulang sum-sum belakang dan otak.


3 Komponen Sistem Koordinasi pada Manusia

SISTEM SARAF

  • Sistem saraf merupakan sistem koordinasi yang berbentuk penghantaran impuls (rangsangan) saraf ke susunan saraf pusat pemprosesan saraf impuls dan memberikan arahan untuk memberi tanggapan rangsangan.
  1.  OTAK


Otak Besar (Cerebrum)

  • Occipital Lobe (pusat penglihatan)
  • Frontal Lobe (pusat pengendali fikiran)
  • Parietal Lobe (pusat pengendali kerja kulit)
  • Temporal Lobe (pusat pendengaran dan bicara)
Otak Kecil (Cerebellum)
  • Terletak di bahagian bawah belakang otak besar.
  • Berfungsi sebagai pusat keseimbangan, koordinasi otot dan gerakan tubuh.
  • Jika berlaku kecederaan pada otak kecil, akan mengakibatkan gangguan pada sikap dan koordinasi gerak otot.
Batang Otak (Brainstem)
  • Bahagian ini berfungsi untuk mengatur fungsi dasar manusia termasuk pernafasan, denyutan jantung, mengawal suhu tubuh badan dan mengawal proses pencernaan.
  • Bahagian ini terdiri daripada 3 bahagian iaitu mesencephalon, medulla oblongata dan pons.
  • Mesencephalon (otak tengah): berfungsi dalam hal mengawal respon penglihatan, gerakan mata, pembesaran pupil mata, mengawal gerakan tubuh dan pendengaran.
  • Medulla Oblongata: mengawal fungsi otak seperti denyutan jantung, pernafasan dan pencernaan.
  • Pons: mengirimkan data ke pusat otak bersama dengan formasi reticular. Bahagian ini yang akan menentukan sama ada kita terjaga atau tertidur.
     
     2. SUMSUM TULANG BELAKANG




Sumsum Lanjutan
  • berfungsi untuk mengawal denyutan jantung, pelebaran dan penyempitan pembuluh darah, bersin, sendawa, batuk, muntah dan pusat pernafasan.
  • berfungsi sebagai mengawal aktiviti pernafasan otot dan mengawal pertukaran gas dalam paru-paru.


SISTEM INDERA

  • sistem organ yang berfungsi sebagai penerima rangsangan (receptor) dari lingkungan sekitar.
  • terdiri daripada lima indera yang dikenali sebagai pancaindera.


SISTEM ENDOKRIN (SISTEM HORMON)


  • berfungsi untuk mengawal pengeluaran hormon.
  • hormon dihasilkan oleh kelenjar endokrin yang terdiri daripada kelenjar hipofisi, kelenjar timus (thymus gland), kelenjar tiroid (thyroid gland), kelenjar paratiroid dan kelenjar kelamin.


Comments

Popular posts from this blog

LATIHAN AEROBIK DAN ANAEROBIK

Otak