Posts

LATIHAN AEROBIK DAN ANAEROBIK

Image
Latihan Aerobik - Proses menghasilkan tenaga yang memerlukan oksigen. - Latihan ini dilakukan pada intensiti rendah dalam jangka masa yang panjang. - Latihan ini memerlukan glikogen, lemak dan protein untuk menghasilkan tenaga. - Ia tidak akan menghasilkan asid laktik. - Proses ini menghasilkan ATP yang banyak. - Persamaan kimia bagi sistem tenaga ini ialah: C6H12O6 + 6O2  → 6CO2 + 6H2O (glucose + oxygen  → carbon dioxide + water) Latihan Anaerobik - Sistem tenaga yang tidak memerlukan oksigen semasa proses penghasilan tenaga. - Hanya memerlukan ATP sebagai sumbernya. C6H12O6  → 2C3H6O3 (glucose  → lactic acid) - Sistem ini terbahagi kepada dua jenis iaitu: 1. Anaerobik Alaktik (Phosphagen System) Sistem ini menyediakan tenaga yang sedia ada yang diperlukan untuk permulaan sesuatu aktiviti fizik dengan intensiti yang tinggi. Sumber tenaga diperoleh daripada pemecahan simpanan ATP dan PC yang tersedia di dalam otot. ...

Otak

Image
Otak manusia merupakan sebahagian daripada sistem saraf pusat yang terletak di rongga kranium ( cranial cavity ). Otak manusia terdiri daripada berjuta-juta sel saraf dan mempunyai berat kira-kira 1.4 - 1.5 kg. Bahagian Otak Otak terbahagi kepada 3 bahagian iaitu otak depan ( forebrain ), otak tengah ( midbrain ), dan otak belakang ( hindbrain ). a) Otak depan ( Forebrain ) Forebrain terletak di bahagian depan otak. Bertanggungjawab dalam menerima dan memproses maklumat serta mengendalikan fungsi-fungsi otot. Forebrain terdiri daripada 2 bahagian iaitu cerebral cortex dan limbic system . Cerebral Cortex Terdiri daripada 4 bahagian utama iaitu : frontal lobes , parietal lobes , occipital lobes dan temporal lobes . Frontal lobes - mengawal gerakan otot, perasaan serta merancang dan membuat sesuatu keputusan. Parietal lobes - memproses maklumat seperti sentuhan, rasa, suhu, gerak tubuh dan sebagainya. Occipatal lobes - mengawal proses penglih...

Sistem Koordinasi

Image
SISTEM KOORDINASI Sistem koordinasi merupakan sistem organ yang saling bekerjasama untuk melakukan fungsi-fungsi yang tertentu. Ssitem koordinasi juga berfungsi sebagai pengatur dan pengedali keserasian fungsi organ mahupun sistem organ yang terdapat dalam tubuh badan. Oleh kerana tubuh manusia terdiri daripada organ-organ yang mempunyai fungsi masing-masing, maka sistem koordinasi adalah sangat penting supaya organ-organ tubuh dapat bekerjasama dengan baik. Sistem koordinasi terdiri atas sistem saraf dan sistem endokrin atau nama lainnya adalah sistem hormon . Sistem saraf terdiri daripada jutaan sel-sel saraf ( neuron ) yang berfungsi sebagai penghantar impuls ke otak sehingga terbentuknya rangsangan. Rajah dibawah menunjukkan satu sel neuron dan bahagian-bahagiannya. Dendrite: berfungsi sebagai penghantar impuls ke sel badan ( cell body ). Cell Body: merupakan bahagian terbesar sel saraf yang mempunyai nukleus dan sitoplasma ( cytoplasm ). Axon: berfungsi untuk meng...