Otak
Otak manusia merupakan sebahagian daripada sistem saraf pusat yang terletak di rongga kranium ( cranial cavity ). Otak manusia terdiri daripada berjuta-juta sel saraf dan mempunyai berat kira-kira 1.4 - 1.5 kg. Bahagian Otak Otak terbahagi kepada 3 bahagian iaitu otak depan ( forebrain ), otak tengah ( midbrain ), dan otak belakang ( hindbrain ). a) Otak depan ( Forebrain ) Forebrain terletak di bahagian depan otak. Bertanggungjawab dalam menerima dan memproses maklumat serta mengendalikan fungsi-fungsi otot. Forebrain terdiri daripada 2 bahagian iaitu cerebral cortex dan limbic system . Cerebral Cortex Terdiri daripada 4 bahagian utama iaitu : frontal lobes , parietal lobes , occipital lobes dan temporal lobes . Frontal lobes - mengawal gerakan otot, perasaan serta merancang dan membuat sesuatu keputusan. Parietal lobes - memproses maklumat seperti sentuhan, rasa, suhu, gerak tubuh dan sebagainya. Occipatal lobes - mengawal proses penglih...