LATIHAN AEROBIK DAN ANAEROBIK
Latihan Aerobik - Proses menghasilkan tenaga yang memerlukan oksigen. - Latihan ini dilakukan pada intensiti rendah dalam jangka masa yang panjang. - Latihan ini memerlukan glikogen, lemak dan protein untuk menghasilkan tenaga. - Ia tidak akan menghasilkan asid laktik. - Proses ini menghasilkan ATP yang banyak. - Persamaan kimia bagi sistem tenaga ini ialah: C6H12O6 + 6O2 → 6CO2 + 6H2O (glucose + oxygen → carbon dioxide + water) Latihan Anaerobik - Sistem tenaga yang tidak memerlukan oksigen semasa proses penghasilan tenaga. - Hanya memerlukan ATP sebagai sumbernya. C6H12O6 → 2C3H6O3 (glucose → lactic acid) - Sistem ini terbahagi kepada dua jenis iaitu: 1. Anaerobik Alaktik (Phosphagen System) Sistem ini menyediakan tenaga yang sedia ada yang diperlukan untuk permulaan sesuatu aktiviti fizik dengan intensiti yang tinggi. Sumber tenaga diperoleh daripada pemecahan simpanan ATP dan PC yang tersedia di dalam otot. ...